suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zakir Naik PR Malaysia

PUTRAJAYA: Pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik memiliki status Pemastautin Tetap (PR) di Malaysia sejak lima tahun lalu, demikian disahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun bukan Malaysia sahaja menjadi negara yang didiami ulama yang menerajui Yayasan Penyelidikan Islam itu.

"Zakir Naik memiliki PR Malaysia, tetapi bukan status kewarganegaraan, beliau menetap di negara lain juga," katanya kepada media pada Selasa.

Pada November 2016, Kementerian Dalam negeri menafikan laporan media India mengenai ulama itu menerima kewarganegaraan Malaysia sebagai pakej apabila dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tiada sebab untuk pihak berkuasa negara ini untuk menyiasat Zakir, sebaliknya akan memberikan bantuan kepada pihak di India jika kedua negara persetujuan bersama.

Pada 15 April lalu, Hindustan Times melaporkan pihak berkuasa India telah memfailkan saman terhadap Aamir Gazdar yang juga orang kepercayaan Zakir dan juga syarikatnya, Harmony Media Ltd kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Saman 1,000 muka itu turut menyenaraikan Zakir sebagai tertuduh dalam kes berkenaan.

Zakir Naik, PR Malaysia, Ahmad Zahid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain