suria

Gerakan Syaki Pelaksanaan FOI Hanya Untuk Publisiti Politik

Jason Loo.

GEORGE TOWN: Pelaksanaan kebebasan maklumat di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan DAP hanya semata-mata untuk tujuan politik, kata pemangku ketua pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo.

"Setiap kali saya mengikuti prosedur FOI yang betul untuk memohon dokumen usaha itu berakhir dengan kekecewaan," kata beliau kepada pemberita di KOMTAR selepas mengemukakan permohonan untuk mendapatkan dokumen projek penambakan Permatang Damar Laut di sini Isnin.

Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk cuba memperoleh pelbagai dokumen rasmi mengenai projek-projek di negeri ini, Loo yang telah membelanjakan lebih RM2,000 untuk bayaran pemprosesan, usahanya ditolak.

Beliau berkata apabila pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng cuba untuk meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat pada persidangan dewan undangan negeri pada 2010, ia mendakwa bahawa tujuannya ialah memperjuangkan slogan Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) mengenai Konsep Kerajaan Terbuka atau "Konsep Maklumat Terbuka".

Pada Isnin, kerajaan negeri DAP menolak semua permohonan saya sedangkan Seksyen 11 (2) Enakmen FOI Pulau Pinang 2010 jelas menyatakan bahawa pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa untuk memaklumkan atau mendeklasifikasi dokumen perjanjian jika kepentingan awam bagi mendedahkan dokumen mengatasi risikonya,"kata beliau.

Antara dokumen yang dipohon sebelumnya oleh Loo termasuk garis panduan rumah mampu milik, dokumen Tender Terbuka Taman Manggis, terowong dasar laut dan perjanjian tiga jalan utama, kertas tawaran bagi laporan kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan berpasangan dan Dermaga Gurney, Seri Tanjung Pinang (STP1), STP2, Bayan Bay dan perjanjian tambakan laut Bayan Mutiara.

Bagaimanapun, Loo berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong kerajaan yang telus dan konsep data terbuka. - BERNAMA 


FOI, DAP, Gerakan

Artikel Sebelum

Artikel Lain