suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Hina Kerabat Diraja Johor Melalui FB Ditahan

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun berhubung satu kenyataan yang menghina kerabat Diraja Johor menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu ditahan kira-kira pukul 11.14 pagi Isnin di ibu pejabat polis kontinjen di sini.

Beliau berkata satu laporan telah dibuat kira-kira pukul 9.21 malam pada 1 Mac lalu dan kertas siasatan telah dibuka.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Wan Ahmad berkata jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda maksium RM50,000 dan setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pada masa itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan media sosial untuk menyebarkan kenyataan bercanggah dan menghormati sensitiviti orang lain.

Facebook, Kerabat Diraja Johor, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Lain