suria

SPRM Sambung Siasatan Kes Hartanah Mara Inc

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima maklumat baharu berhubung dakwaan salah laku seorang bekas menteri yang dikaitkan dengan pembelian sebuah hartanah oleh anak Mara Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, siasatan kes tersebut akan disambung berikutan bukti dan maklumat baharu itu.

"Kami akan memanggil lebih ramai saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut dalam masa terdekat.

"Keterangan akan diambil bukan sahaja daripada saksi-saksi dalam negara malah juga daripada luar negara," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Selain itu Azam juga tidak menolak kemungkinan bahawa tangkapan akan dibuat ke atas mereka yang terlibat sekiranya perlu dalam masa terdekat.

SPRM, Mara Inc

Artikel Lain