Bekas Peserta AF9 Celup Tangan Anak Tiri Dalam Air Panas - Semasa | mStar

Bekas Peserta AF9 Celup Tangan Anak Tiri Dalam Air Panas

Azri bersama isterinya, penyanyi Salma Mentor. Foto Instagram @azri_af9

PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) Mohammad Azri Abdullah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat terhadap pertuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu.

Mohammad Azri, 30, yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya  dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap anak perempuan tirinya, yang kini berumur 10 tahun, dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, pada 8 pagi, 5 Mei 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya V. V. Suloshani menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam Fahmi Abd Moin memohon jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga dan mempunyai tiga anak selain menjaga ibunya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan supaya tidak menganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes.

Azri dan Salma berkahwin pada 31 Jan tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Azri AF9

Artikel Sebelum

Anak Tetak Mati Bapa Gara-Gara Wang

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini