suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Rosly Tiba Di Mahkamah

PUTRAJAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly tiba di mahkamah di sini bagi proses mendapatkan perintah reman.

Beliau tiba pada pukul 9.25 pagi Jumaat, berpakaian baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna oren, diiringi dua pegawai SPRM.

Adam, 29, dibawa untuk menghadap majistret.

Pada Khamis, beliau ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.

Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya.

Beliau juga memperoleh gelaran Datuk yang dikurniakan Pahang kerana sumbangannya kepada beberapa projek di negeri berkenaan.

Artikel Sebelum

Dua Beradik Rentung Di Lawas

Artikel Berikut

Artikel Lain