suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kit Siang Takut Isytihar Kedudukannya Dalam Pakatan Harapan - Salleh

Lim Kit Siang.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menempelak penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana takut untuk mengisytiharkan kedudukannya dalam gabungan Pakatan Harapan. 

Salleh, yang juga Bendahari Umno, berkata dalam Umno, hirarki kepimpinan adalah jelas berhubung siapa yang menjawat jawatan nombor satu, nombor dua dan nombor tiga.

"Sekurang-kurangnya dalam Umno, kami jelas tentang hirarki dan tentang siapa yang mengeluarkan arahan. Keadaannya tidak sama bagi Pakatan Harapan," katanya dalam catatan terkini menerusi blog sskeruak.blogspot.my pada Khamis.

Salleh berkata dalam Pakatan Harapan, mereka bersembunyi di belakang perkataan 'penasihat' dan pada masa sama, membuat semua keputusan seorang diri, sepertimana yang lazimnya dilakukan oleh diktator.

"Semua (pemimpin) yang disebut sebagai penasihat ini tidak dipilih dan perkataan lain bagi pemimpin yang tidak dipilih adalah diktator," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain