suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Rosly Direman Lima Hari

Adam Rosly.

PUTRAJAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.

Adam, 29, akan berada di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga 18 April selepas Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman meluluskan permohonan reman terhadapnya.

Beliau diwakili peguam, Nik Zarith Nik Moustpha dan Asyraf Othman.

Adam ditahan di ibu pejabat SPRM selepas memberikan keterangan pada Khamis.

SPRM menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.

Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya.

Beliau juga memperoleh gelaran Datuk yang dikurniakan Pahang kerana sumbangannya kepada beberapa projek di negeri berkenaan.

Adam Rosly

Artikel Sebelum

Ah Chong Serah Diri Di SPRM

Artikel Berikut

Artikel Lain