suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ah Chong Serah Diri Di SPRM

PUTRAJAYA: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Perdana, mungkin mahu menyerah diri secara diam-diam.

Bagaimanapun, kehadiran beliau di ibu pejabat SPRM tidak tepat pada waktunya ketika sekumpulan pemberita turut berada di tempat sama bagi liputan lain.

Kehadiran Khairul yang turut dikenali sebagai 'Ah Chong' dikesan pemberita pada kira-kira pukul 10.45 pagi Jumaat.

Beliau terkejut dengan sekumpulan pemberita yang sebenarnya hadir membuat liputan sidang media Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada pagi Jumaat.

Khairul yang pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Negeri Sembilan pada mulanya dilihat teragak-agak untuk memasuki pintu masuk utama, bagaimanapun selepas beberapa minit kemudian beliau berjalan terus memasuki bangunan tanpa bercakap dengan pemberita.

SPRM sedang menyiasat kes mengatur perlawanan membabitkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Minggu lalu, tiga pemain bola sepak MIFA termasuk seorang pemain import direman tujuh hari oleh SPRM bagi membantu siasatan mengambil rasuah daripada bookie, disusuli seorang bookie berusia 49 tahun direman selama enam hari.

Siasatan awal mendapati suspek menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.

Ketiga-tiga pemain itu dikatakan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit daripada sindiket.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adam Rosly Direman Lima Hari

Artikel Lain