suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rohani Pertahan Shabudin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rohani Abdul Karim tampil mempertahankan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya susulan kontroversi berhubung kenyataan supaya perogol dipaksa berkahwin dengan mangsa bagi menutup dakwaan jenayah rogol.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, Shabudin hanya berkongsi pengalamannya sebagai bekas hakim mahkamah Syariah bagi menangani isu perkahwinan kanak-kanak.

Tambah Rohani, adalah 'malang' apabila kenyataan Shabudin telah diambil di luar konteks kerana beliau hanya menyampaikan pengalaman berhadapan kes sepertiu itu.

"Sebagai bekas hakim mahkamah Syariah, beliau telah menghadapi semua senario ini dan menyampaikan pengalaman beliau mengendalikan kes-kes tersebut.

"Dia tidak membayangkan bahawa seorang gadis berusia sembilan tahun boleh berkahwin, tetapi sebaliknya dia perincikan penjelasannya," kata Rohani ketika sidang media di Hotel Berjaya Times Square pada Sabtu.

Katanya, Shabudin sangat memberi sokongan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017.

Rohani Abdul Karim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain