suria

Waris Banduan Penjara Kajang Dicari

PETALING JAYA: Pihak Penjara Kajang meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kepada seorang banduan yang meninggal dunia di Wad Hospital Kajang pada 7 Februari lalu.

Aurangzeb A/L Rahman yang bernombor kad pengenalan 730716-71-5007 dan alamat terakhir di No 205, Tingkat 3, Flat Angsana, Ampang Hilir, Kampung Pandan Dalam, Ampang, Selangor, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Penguasa Penjara Kajang, Marzuki Azmi Bidi menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya meminta sesiapa yang mengetahui atau mengenali waris si mati agar menghubungi pihaknya untuk menguruskan proses tuntutan.

Menurutnya, pihak penjara pergi ke alamat terakhir banduan, bagaimanapun tiada anggota keluarga lelaki itu di alamat berkenaan.

"Pihak penjara juga menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara dan meminta kerjasama polis untuk mengesan warisnya namun gagal.

"Saya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pihak kami di talian 03-87364620," katanya.

Banduan

Artikel Berikut

Rohani Pertahan Shabudin

Artikel Lain