suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuntutan Palsu: Tan Sri, Lima Lagi Ditahan

PUTRAJAYA: Seorang individu bergelar Tan Sri berusia 63 tahun yang didakwa membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM13 juta kepada Jabatan Pe­ngairan dan Saliran (JPS) direman selama enam hari.

Majistret, A. Akhiruddin @ Boy Acho mengarahkan Tan Sri berkenaan, bersama lima yang lain ditahan sehingga Selasa depan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman terhadap mereka.

Mereka yang lain merupakan pegawai JPS yang bersubahat dengan Tan Sri, dan anak lelakinya yang turut didakwa terlibat dalam kes tersebut.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah pada pukul 9.30 pagi Khamis.

The Star melaporkan Tan Sri yang merupakan naib presiden MIC membuat tuntutan berhubung pembekalan sebanyak 358 unit geotube untuk kerja-kerja pemulihan sungai yang dilakukan JPS.

Bekas ahli politik itu pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti di peringkat negeri dan bahagian.

Keluarganya dikatakan terlibat dalam perniagaan pembinaan dan pengangkutan.

Artikel Sebelum

Kastam Gali Semula Kepak Ayam

Artikel Lain