suria

N.Sembilan Umum 25 April Hari Kelepasan Am Gantian

Mohamad Hasan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan 25 April ini sebagai hari kelepasan am gantian. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata 24 April ini sambutan Israkdan Mikraj dan ia merupakan hari kelepasan am bagi Negeri Sembilan.

"Tetapi pada masa sama kerajaan persekutuan telah mengisytiharkan bahawa 24 April merupakan hari kelepasan umum tambahan sempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

"Tarikh itu bertindih dengan tarikh sambutan Israk dan Mikraj yang diwartakan sebagai hari kelepasan am di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

"Berikutan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi cuti ganti pada 25 April," katanya pada sidang media di Wisma Negeri di sini, Khamis. 

Katanya pihak swasta juga perlu mengikut arahan ini.

Pada Isnin lepas, kerajaan persekutuan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. -Bernama

Artikel Lain