suria

Syed Saddiq Sahut Cabaran Tulis Esei Kit Siang

SHAH ALAM: Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sahut cabaran Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa untuk menulis esei mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Syed Saddiq berkata, hadiah yang ditawarkan sangat menarik minatnya untuk turut serta dalam cabaran berkenaan.

"Tinggi harapan untuk rebut wang tunai seperti dijanjikan itu. Malah, saya berhasrat menyumbang wang tersebut kepada pasukan bola sepak Kelantan dan pelajar UniKL," katanya.

Annuar dilaporkan menganjurkan pertandingan menulis esei mengenai Kit Siang dan hadiah yang ditawarkan adalah RM50,000.

Sementara itu, Syed Saddiq berpendapat, rakyat Malaysia seharusnya mengelak daripada bersikap label-melabel terutama kepada pemimpin politik pembangkang.

Katanya, perbezaan fahaman memang wujud, tetapi sikap label-melabel tidak sepatutnya berlaku.

"Saya mungkin tidak bersetuju dengan Kit Siang mengenai beberapa isu, tetapi saya tidak akan memanggil beliau anti-Melayu, anti-Islam atau anti raja-raja Melayu.

"Sebelum sertai pembangkang, saya sentiasa menjauhkan diri daripada melabelkan seseorang," katanya.

Menurutnya, daripada melabel seseorang, lebih baik bersemuka dengan individu itu dan beritahu apa yang mahu disampaikan.

"Lebih baik fokus kepada isu. Kita tidak perlu bersembunyi di sebalik pelabelan untuk berjaya dalam mengemukakan hujah," katanya. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain