suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IPFN Kembali Dikawal Ketat

Sebuah van dipercayai membawa mayat Kim Jong Nam abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini, kembali dikawal ketat oleh polis.

Tinjauan Bernama sekitar pukul 9 malam Isnin mendapati pintu utama IPFN yang dibuka sepenuhnya pada Ahad, kembali ditutup dan petugas media tidak dibenarkan memasuki perkarangan berkenaan.

IPFN menjadi tumpuan media selepas berlakunya kes pembunuhan Kim Jong-nam apabila mayatnya ditempatkan di situ.

Jurugambar Bernama, Mohd Khairul Fikri Osman berkata, kawalan ketat itu berlaku sejurus selepas sebuah van berwarna putih masuk ke perkarangan IPFN dengan membawa sebuah keranda kira-kira pukul 9 malam.

Pada Ahad, IPFN tidak lagi dikawal ketat selepas sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire berwarna putih beredar dari IPFN, sekitar 2 petang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada Ahad berkata, kerajaan dijangka memutuskan segera tindakan ke atas mayat Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara dalam tempoh terdekat ini.

Subramaniam berkata, perbincangan masih dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan Korea Utara.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menungggu penerbangan untuk ke Macau.

Dia dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX. 

Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. - Bernama

IPFN

Artikel Lain