suria

Ganjaran Pertandingan Dedah Kit Siang Rasis Dinaikkan Kepada RM50,000

Annuar Musa.

PETALING JAYA: Ganjaran berupa wang tunai kepada mana-mana pihak yang boleh mendedahkan fakta tentang Lim Kit Siang seorang yang rasis, anti Islam dan diktator politik dinaikkan kepada RM50,000.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, ia merupakan hadiah hasil sumbangan ‘hamba Allah’.

“Honorarium/hadiah untuk pihak yang mengemukakan bahan/fakta berkaitan pegangan politik Yang Berhormat Lim Kit Siang dinaikkan kepada RM50,000, hasil sumbangan hamba Allah,” katanya.

Annuar turut menjelaskan terdapat empat kategori bagi menyampaikan bukti, pandangan atau idea berkaitan dengan dakwaan berkenaan iaitu menerusi penulisan di blog, artikel di dalam media, video pendek atau info grafik.

“Hadiah berjumlah RM50,000 menanti anda. Bahan mesti berupa fakta penyelidikan yang tidak menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp

Pada Khamis, Annuar menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendedahkan fakta tentang Lim Kit Siang seorang yang rasis, anti Islam dan diktator politik.

Tawaran itu susulan dakwaan Ahli Parlimen DAP itu pada Isnin lalu yang menggelar Annuar sebagai `bapa kepada segala rasis'.

Annuar berkata, pertandingan yang terbuka kepada orang ramai dan perlu dihantar sebelum 30 Mei itu akan membantu beliau untuk mendapatkan fakta lanjut berhubung dakwaannya terhadap Kit Siang.

Dakwaan Kit Siang itu berikutan kenyataan Annuar pada Ahad mendakwa Ahli Parlimen Gelang Patah sebagai rasis, anti-Islam dan diktator politik berdasarkan tindak-tanduknya selama ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain