suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Nepal Maut Terjatuh Di Tapak Binaan Bangunan SPRM

PUTRAJAYA: Seorang pekerja warga Nepal mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari kawasan pembinaan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Presint 7 di sini, Jumaat.

Bhim Bahadur Katuwal, 31, dipercayai terjatuh dari tingkat 17 atau 23 bangunan tersebut pada kira-kira pukul 8.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kaki kiri Bhim terputus akibat insiden itu dan dia meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

"Kita percaya Bhim jatuh sama ada dari tingkat 17 atau atas bumbung di tingkat 23, kerana hanya dua aras ini yang mempunyai kawasan terbuka.

"Dia jatuh menghempap rakan setugasnya, warga Bangladesh, yang ketika itu bekerja di dalam perancah gantung.

"Perancah gantung itu masih di atas tanah ketika kejadian berlaku," katanya.

Rosly berkata, pekerja warga Bangladesh berusia 45 tahun mengalami patah tangan kanannya dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Mayat Bhim dihantar di hospital yang sama untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain