suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh Siasatan Dakwaan Salah Guna Annuar Musa Ada Had

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa audit dalaman Mara telah diberi tempoh masa untuk menyiasat pengerusinya yang kini digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, walaupun Annuar telah digantung tugas, beliau masih menerima gaji sehingga siasatan selesai.

"Saya perlu ingatkan jawatankuasa tersebut dari masa ke semasa untuk mempercepatkan siasatan dan menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

"Saya tidak menjangkakan siasatan ini akan berpanjangan atau tertangguh," katanya.

Buat masa ini kata Ismail, Annuar masih lagi bercuti sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

"Langkah itu dibuat bagi memastikan keadilan dilaksanakan buatnya," kata beliau kepada pemberita selepas sesi dialog bersama golongan belia yang mengikuti program Community Talk@KKLW TN50 di sini pada Khamis.

Mengulas tentang tempoh masa yang diberikan, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa siasatan itu tidak akan mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk selesai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain