suria

'Nyawa' Nuri Baharu Capai Tempoh 15 Tahun

GAMBAR FAIL

LANGKAWI: Helikopter Nuri Sikorsky S61A-4 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah dinaik taraf mempunyai beberapa penambahbaikan serta jangka hayat yang tinggi (sokongan) sehingga 15 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif AIROD Sdn Bhd Mejar Jeneral Datuk Ibrahim Bahari berkata, penambahbaikan ini telah memperbaiki kemampuan instrumen peraturan penerbangan (IFR) pesawat, membolehkan pesawat itu untuk terbang siang dan malam dalam apa jua keadaan cuaca.

"Keupayaan tambahan itu termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan dan kebolehan taktikal serta penyeragaman sistem pesawat secara keseluruhan dan juga menangani isu-isu lama," katanya menurut laporan Bernama.

Ibrahim ditemui pemberita selepas menyerahkan Nuri Sikorsky S614-A kepada Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, disaksikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini pada Khamis.

Proses menaik taraf dijalankan di Pusat Operasi AIROD di Subang melibatkan pemindahan teknologi daripada rakan kongsi teknikalnya Heli-One Norway, dan ia selesai dalam jangka masa yang pendek iaitu 11 bulan bermula daripada reka bentuk hingga ujian penerbangan.

Nuri Sikorsky S61A-4, TUDM

Artikel Lain