suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kutipan Tol Elektronik Di PLUS Bermula 26 April

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya mulai 26 April ini.

Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkata bermula tarikh itu pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, Touch'n Go atau Smart Tag manakala tiada lagi transaksi tunai. 

Beliau berkata pelaksanaan itu melibatkan 71 plaza tol di antara Juru hingga Skudai dan merupakan kesinambungan inisiatif yang mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008. 

"Justeru kami menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch'n Go di mana-mana pusat khidmat pelanggan PLUS sebelum 26 April ini.

"Sistem ini jauh lebih pantas berbanding kaedah tunai dengan lorong Smart Tag mampu mengendalikan 1,000 transaksi sejam manakala lorong Touch'n Go sebanyak 600 transaksi sejam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, ketika ini 94 peratus daripada pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari Juru dan Skudai telah menggunakan sistem pembayaran secara elektronik.

"PLUS juga akan sentiasa mengambil pelbagai langkah dalam membendung berlakunya sebarang ganguan terhadap sistem elektronik seperti yang pernah berlaku sebelum ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

PLUS, Tol Elektronik

Artikel Lain