suria

Raja Bomoh Akan Dipanggil Beri Keterangan - KPN

Ibrahim Mat Zain atau Raja Bomoh.

MELAKA: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh' akan dipanggil polis bagi memberikan keterangan selepas laporan polis dibuat terhadapnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata, polis akan memanggil Raja Bomoh itu di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan akan menjejakinya sekiranya beliau enggan tampil.

Raja Bomoh itu kembali mencetuskan kontroversi selepas melakukan upacara 'memagar' Malaysia daripada ancaman Korea Utara, berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

"Tindakan dia (Ibrahim) memalukan negara dan bertentangan dengan prinsip Islam," kata Khalid kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Sang Saka Biru sempena Hari Polis Ke-210 di Taming Sari di sini, Ahad.

Ibrahim mula dikenali selepas melakukan upacara mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 2014.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis giat mengesan bomoh berkenaan sejak Isnin lalu susulan tindakan lelaki berkenaan yang kononnya memagar Malaysia daripada ancaman negara asing terutamanya, Korea Utara.

Dalam satu temuramah bersama The Sunday Times dari Singapura, Ibrahim mendakwa telah melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman sejak 70 lalu.

Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain

Artikel Sebelum

Artikel Lain