suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RTM Tidak Siar Debat Nazri-Dr Mahathir - Salleh

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan menyiarkan secara langsung debat antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata perdebatan, yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak, pada 25 Mac ini, adalah semata-mata antara dua individu berkenaan.

"Debat ini bukan anjuran RTM... kita tidak ada perancangan untuk menyiarkan perbahasan itu secara langsung," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Pada Sabtu, Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan membenarkan majlis perdebatan dan telah menerima permohonan permit daripada pihak penganjur.

Debat yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar itu hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).  - Bernama

Artikel Lain