suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita 12 Jam Cincin Tersangkut Pada Zakar

GEORGE TOWN: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama 12 jam selepas sebentuk cincin logam tersangkut pada kemaluannya.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu meminta bantuan perubatan selepas dia gagal untuk mengeluarkan cincin berkenaan.

MELEKAT... Cincin bearing yang terlekat pada kemaluan lelaki ini.  -fotoBERNAMA

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk mengeluarkan cincin itu di hospital pada kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin berkata pihaknya berjaya mengeluarkan cincin dalam masa 10 minit dan mangsa dilaporkan stabil.

Artikel Lain