suria

Pasukan Hazmat Selamatkan Bapa, Anak Perempuan Daripada Tumpahan Merkuri

KUCHING: Pasukan Hazmat bertindak pantas bagi menyelamatkan seorang lelaki dan anak perempuannya daripada pencemaran merkuri yang tertumpah di rumah mereka di sini.

Tumpahan merkuri itu berlaku di sebuah rumah di perumahan Tabuan Jaya yang terletak tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira pukul 8.15 malam, Sabtu.

Balai Bomba dan Penyelamat di Stutong segera menghantar pasukan Hazmat sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Kejadian berlaku apabila lelaki itu secara tidak sengaja menjatuhkan termometer yang digunakannya untuk memeriksa suhu badan anak perempuannya yang berusia kira-kira lima atau enam tahun.

Merkuri tertumpah di lantai dan kesannya turut terkena pada mereka.

Pasukan Hazmat mengambil masa kira-kira satu jam untuk membersihkan tumpahan merkuri.

Mereka juga berjaya menyucikan kotoran pada bapa dan anaknya itu.

Merkuri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain