suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Kolej Maut Tercampak Atas Kubur

Mangsa ditemui terbaring di atas kubur.

MELAKA: Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum tercampak ke atas kubur di tanah perkuburan Islam di Jalan Lendu di Alor Gajah.

Dalam insiden pada awal pagi Sabtu, Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali yang berasal dari Arau, Perlis itu meninggal dunia akibat kecederaan di kepala selepas mengenai batu nisan.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas kubur bersama motosikalnya.

Muhammad Faiz merupakan pelajar dalam bidang pertanian di sebuah kolej.

Seorang jurucakap polis trafik berkata, Muhammad Faiz dipercayai hilang kawalan sewaktu melalui selekoh tajam dekat tanah perkuburan.

"Mangsa dipercayai tercampak sebelum terbaring di atas kubur apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh pagar tanah perkuburan," katanya.


Artikel Lain