suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut Dalam Kemalangan Empat Kecederaan

KOTA KINABALU: Seorang maut manakala enam lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tamparuli-Ranau, berhampiran Kampung Koporingan, Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian yang berlaku kira-kira 8.30 pagi itu melibatkan lori tiga tan, Toyota Hilux, Proton Saga FLX dan Perodua Kancil.

Menurutnya mangsa yang maut merupakan penumpang Proton Saga FLX dan lima daripada enam yang cedera merupakan penumpang dan pemandu kereta sama manakala seorang lagi penumpang Toyota Hilux.

"Mereka yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis," menurut kenyataan itu.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 8.35 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian. -Bernama

Kemalangan maut

Artikel Lain