suria

Remaja Pandu Lawan Arus Mengaku Tak Ambil Dadah

BUKIT MERTAJAM: Remaja perempuan yang didakwa memandu arah bertentangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Permatang Pauh hingga mengakibatkan kematian seorang pemandu kereta Perodua Kelisa didakwa kerana penyalahgunaan dadah.

Ng Pei Ven, 19,  mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengambil amphetamin di mahkamah majistret di sini, Jumaat.

Model sambilan itu didapati positif dadah ketika menjalani ujian di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai kira-kira pukul 5 petang, Selasa.

Kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang juga boleh dibacakan bersama Seksyen 15(1) akta sama dan jika bersabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Majistret Jamiliah Abdul Manap menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin dan 12 Mei untuk tarikh sebutan kes.

Asisten Superitendan Md Azman Kadir bertindak bagi pihak pendakwaan kes itu.

Pei Ven juga disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Pada pagi Selasa, Pei Ven didakwa memandu kereta pada arah bertentangan trafik di lebuh raya sebelum bertembung dengan empat kenderaan di KM134.

Seorang pemandu kereta maut, manakala dua kereta lagi dan sebuah van juga rosak akibat kemalangan itu.


Ng Pei Ven, Permatang Pauh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wartawan Saman Guan Eng

Artikel Lain