Pemegang Ijazah Kelas 2 Atas Perlu Bayar Pinjaman PTPTN - Semasa | mStar

Pemegang Ijazah Kelas 2 Atas Perlu Bayar Pinjaman PTPTN

KUALA LUMPUR: Seramai 2,643,734 pelajar membuat pinjaman berjumlah RM48.6 bilion daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak ia ditubuhkan pada 1997, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Mary Yap berkata daripada jumlah itu, kira-kira 41,706 peminjam dengan pinjaman RM1.2 bilion mendapat manfaat pelepasan pengecualian bayaran balik.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berhubung pinjaman PTPTN di Dewan Rakyat pada Rabu.

Menurut Mary Yap, kementerian juga tidak merancang untuk memperluaskan pengecualian bayaran pinjaman balik kepada graduan yang mendapat ijazah kelas 2 atas.

"Kementerian buat masa ini masih belum bercadang meluaskan skop pengecualian bayaran balik, terutama kepada yang mendapat kelas ke-2 atas," katanya.

Ditanya sekiranya PTPTN telah mengenal pasti punca segelintir peminjam tidak membayar pinjaman mereka, Mary Yap berkata tiada kajian terperinci dilakukan.

Namun, katanya, maklum balas yang diterima mendapati antara faktor peminjam gagal melunaskan pinjaman ialah mereka belum mendapat pekerjaan dan telah bekerja tapi pendapatan tidak setimpal dengan kelulusan.

"Peminjam lain mempunyai gaji yang mencukupi tetapi memandang ringan pembayaran pinjaman," katanya.

PTPTN , peminjam kelas 2 atas

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!