Kelantan Isytihar Wabak Selesema Burung Sebagai Bencana Negeri - Exco

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung (H5N1) sebagai bencana negeri.

Ini berikutan wabak itu merebak di dua lagi jajahan, iaitu Bachok dan Pasir Puteh, selepas Kota Bharu dan Pasir Mas, kata anggota Exco negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata keputusan itu dibuat di mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini mengikut Perintah Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20).

"Berikutan keputusan tersebut, semua agensi yang berkaitan akan digerakkan untuk mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak selesema burung itu atau H5N1 itu terus merebak," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Virus H5N1, yang menyerang unggas itu, dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini, pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung mati.

Che Abdullah berkata wabak berkenaan merebak dengan cepat meskipun kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah mengambil langkah awal sebaik ia disahkan positif di Kampung Pulau Tebu.

Dua kawasan terbaru yang dikesan adalah di Kampung Dusun Durian, Bachok dan Kampung Bukit Merbau, Pasir Puteh. Kota Bharu menjadi jajahan paling terjejas.
membabitkan 18 kampung setakat ini," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 23,768 unggas dan 881 telur dimusnahkan membabitkan sebanyak 129 premis sebagai langkah pencegahan, kata Che Abdullah.

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain