suria

DPP Dilihat Di IPFN HKL Bincang Kes Jong-nam

Dua lelaki yang memperkenalkan diri mereka dari pejabat pendakwaan diserbu pemberita yang menunggu perkembangan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

KUALA LUMPUR: Pegawai dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dilihat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dua lelaki yang memperkenalkan diri mereka dari pejabat pendakwaan diserbu pemberita yang menunggu perkembangan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

"Kita di sini membincangkan satu kes," menurut salah seorang pegawai berkenaan, sambil menambah beliau merupakan "ketua unit perbicaraan".

Walaupun tidak mendedahkan jawatannya, dipercayai pasukan berkenaan berada di sana bagi membincangkan kes Jong-nam.

Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un diracuni dua wanita menggunakan agen saraf VX yang membawa maut pada wajahnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, didakwa berhubung pembunuhan Jong-nam.

Kes disebut semula pada 13 April depan.

Ketika kejadian, Jong-nam membawa pasport Korea Utara dengan nama Kim Chol di balai pelepasan KLIA2 sebelum penerbangannya ke Macau.

Minggu lalu, polis mengesahkan Jong-nam sebagai mangsa yang diserang di KLIA2. 

Pada Isnin, kerajaan memberitahu bahawa keluarga Jong-nam mempunyai tempoh "dua sehingga tiga minggu" untuk menuntut mayat yang disimpan di IPFN HKL.

Artikel Lain