suria

KSP Rangka Rantaian Penyatuan 1 Malaysia Tangani Isu Korea Utara

KUALA LUMPUR: Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) tampil menyuarakan pendirian untuk menyokong sebarang tindakan kerajaan bagi menyelesaikan krisis yang tercetus antara Malaysia dan Korea Utara.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu seperti mana rakyat negara ini umumnya berharap pertikaian antara kedua negara dapat dipulihkan secara diplomatik untuk manfaat kedua-dua pihak.

Pengasas Sahabat Persaudaraan, Dr Zamri Noordin berkata, pihaknya mengambil pendekatan untuk bersama menyemarakkan Rantaian Penyatuan 1 Malaysia dalam menanggani isu Korea Utara ini.

”Rakyat Malaysia berbilang bangsa seharusnya tidak berkecuali untuk terus mendoakan kesejahteraan dan keamanan Malaysia agar ia akan dapat diwarisi generasi akan datang. Perbezaan pendapat yang diraikan di Malaysia seharusnya dijadikan kekuatan dengan membuktikan tiada perbezaan antara kita, malah akan bersatu jika melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

”Rakyat 1Malaysia juga perlu terus menjiwai laungan 'Merdeka' dalam memadamkan kepentingan diri justeru membenihkan nilai cinta pada negara,” jelasnya dalam kenyataan media pada Selasa.

Dr Zamri Noordin

Sebagai simbolik kepada penyatuan ini, KSP akan menjemput masyarakat berbilang bangsa untuk bersama menyertai 'Rantaian Penyatuan 1 Malaysia' bagi menzahirkan kasih sayang dan cinta untuk keamanan Malaysia.

'Rantaian Penyatuan 1 Malaysia' ini akan dijayakan dalam waktu terdekat dengan penglibatan pelbagai NGO dengan slogan yang akan diumumkan pada sidang media sebelum penganjuran program ini.

KSP ditubuhkan pada Disember 2016 dan disertai di kalangan profesional dalam pelbagai bidang.

Selain itu, menurut Setiausaha KSP, Shamshuddhuha Ishak, matlamat utama kelab itu adalah untuk menambah baik dan mencetuskan program kemasyarakatan berlandaskan pendidikan dan kebajikan.

”Program yang dicetuskan melalui idea dan pandangan kepimpinan KSP akan dijenamakan sebagai Program 'Sahabat Persaudaraan 1 Malaysia' yang kemudiannya diperkenalkan kepada NGO terpilih dan syarikat berkelayakan bagi tujuan pelaksanaan," katanya.

Kelab Sahabat Persaudaraan, KSP

Artikel Lain