Subsidi Patut Ditarik Balik Bila Harga Minyak Dunia Jatuh - Annuar - Semasa | mStar

Subsidi Patut Ditarik Balik Bila Harga Minyak Dunia Jatuh - Annuar

ARAU: Kerajaan sepatutnya menghentikan semua subsidi apabila harga minyak mentah dunia jatuh di bawah USD40 setong, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata kejatuhan harga minyak memberi kesan ketara terhadap hasil negara yang digunakan bagi membiayai sebahagian subsidi demi kesejahteraan rakyat.

"Keupayaan kerajaan mengekalkan subsidi adalah kerana kemampuannya menguruskan kewangan negara dengan baik walaupun sebahagian subsidi terpaksa ditarik berperingkat-peringkat," kata Annuar.

Annuar berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis pada Ahad sempena program jelajah beliau untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu semasa.

Mengenai Malaysia yang dilaporkan antara 10 negara paling korup di dunia, Annuar berkata tuduhan itu lebih bersifat persepsi kerana tuduhan sama juga dibuat semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Cabaran kita ialah bagaimana hendak membanteras rasuah. Penguatkuasaan sahaja tidak cukup kerana budaya rasuah memerlukan kerjasama semua pihak untuk dihapuskan," katanya.

Menjawab soalan lain, Annuar berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah lebih 30 tahun membuka ruang kepada golongan muda untuk aktif berpolitik dansekali gus menyangkal dakwaan bahawa pembangkang lebih dahulu melaksanakannya. Beliau turut menyangkal dakwaan ada pemimpin Umno menghalang pembinaan lebuhraya rakyat dari Machang-Kuala Krai sepanjang 40 kilometer yang dicanangkan olehkerajaan PAS Kelantan.

"Rakyat sepatutnya fikir lojik projek tersebut. Mampukah rakyat Kelantan menyumbang RM1 bilion untuk melaksanakan projek itu sedangkan bajet tahunan negeri hanya antara RM800 juta hingga RM900 juta sahaja," kata Annuar.

Beliau berkata Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula menaja 230,000 pelajar dengan bantuan berjumlah RM2 bilion setahun namun banyak fitnah dilemparkan terhadap agensi itu dan dirinya.

"Pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli pernah menyebar video kesusahan seorang pelajar hidup susah kerana tidak mendapat biasiswa seolah-olah Mara mengabaikan nasib pelajar tersebut.

"Fitnah seperti ini atau yang separuh benar adalah mainan pembangkang hanya untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan BN," tambahnya.-Bernama

Subsidi , minyak dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis