Sekatan Keluaran Modal China Tidak Jejas Forest City - Khaled - Semasa | mStar

Sekatan Keluaran Modal China Tidak Jejas Forest City - Khaled

Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BARU: Projek pembangunan Forest City di Gelang Patah, di sini, tidak akan terjejas berikutan sekatan keluaran modal dikuatkuasakan kerajaan China.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata projek mega di empat pulau buatan tersebut tidak hanya menumpukan pembeli dari republik itu semata-mata, sebaliknya terbuka kepada pembeli dalam kalangan masyarakat antarabangsa lain.

"Forest City tidak bergantung dan terhad kepada rakyat China, sebaliknya terbuka kepada seluruh dunia. Kalau kita lihat, pemasaran projek itu turut dilakukan di Australia, Timur Tengah dan Eropah.

"Projek ini masih lagi dalam peringkat pembinaan dan belum ada pendaftaran pembeli melainkan hanya tempahan," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Cendana Kali ke-16, di sini Sabtu.

Beliau mengulas tentang dasar kawalan modal yang dilaksanakan China bagi mengekang aliran keluar mata wang Yuan.

Katanya Forest City yang dimajukan Country Garden Pacificview Sdn Bhd itu bukan hanya sekadar sebuah kondominium tetapi turut menyediakan kemudahan perdagangan, perniagaan, pemasaran dan kewangan.

"Apabila sudah bertapak di situ, sudah tentu ia akan menarik pelbagai bangsa dan rakyat, bukan hanya rakyat China," katanya.

Menurut Mohamed Khaled, kehadiran pelbagai rakyat dan bangsa di Forest City kelak, dapat menepis dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kemasukan 700,000 warga China ke pembangunan berkenaan dan diberi kewarganegaraan. - BERNAMA


Forest City , Mohamed Khaled Nordin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain