suria

Dua Rakyat Malaysia Dibenar Keluar Korea Utara - Najib

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia di Korea Utara dibenarkan keluar dari negara itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menerusi kenyataannya di Twitter pada Khamis memberitahu dua rakyat Malaysia yang merupakan kakitangan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah tiba di Beijing.

"Alhamdulillah dua rakyat Malaysia di bawah Program Makanan Sedunia PBB, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy dibenarkan keluar dari Pyongyang. 

"Mereka kini selamat di Beijing," katanya di Twitter pada kira-kira pukul 4 petang.

Selasa lalu, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.

Kementerian Luar Malaysia memberitahu seramai 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, terdiri daripada tiga kakitangan kedutaan, enam ahli keluarga dan dua pekerja PBB.

PBB, WFP

Artikel Lain