suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakitangan WFP Rakyat M'sia Selamat Tiba Di Beijing

Kedutaan Malaysia di Pyongyang.

PETALING JAYA: Dua rakyat Malaysia di bawah Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Beijing dari Korea Utara.

Jurucakap WFP mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Setakat ini, tidak dipastikan sama ada dua rakyat Malaysia itu akan pulang ke Malaysia atau ditempatkan ke tempat lain.

"Kakitangan berkenaan merupakan penjawat awam antarabangsa dan mereka bukan wakil kerajaan negara mereka.

"Mereka bekerja dengan WFP di Korea Utara," kata jurucakap itu.

Selasa lalu, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.

WFP, Korea Utara

Artikel Lain