suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

150 Beg Tangan Mewah, Wang Tunai, MPV Di Rumah Exco Johor Dirampas

Sebahagian daripada beg jenama mewah yang dirampas.

JOHOR BARU: Hanya beberapa jam selepas Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi ditahan, 150 beg tangan jenama mewah, wang tunai dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dirampas di kediamannya di sini.

Rampasan dibuat dalam satu serbuan dilakukan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas penahanannya pada pukul 10.50 pagi Khamis.

Antara jenama mewah beg tangan yang dirampas seperti Chanel, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo dan Louis Vuitton.

Turut dirampas adalah sebuah kereta Toyota Vellfire dan wang tunai berjumlah RM41,000.

Abd Latif dijangka dibawa ke mahkamah pada Jumaat untuk direman.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah mula bercuti pada 1 Mac lalu untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.

SPRM dalam satu kenyataan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus.

Artikel Berikut

Artikel Lain