suria

16 Polis Didakwa Rasuah

PETALING JAYA: Seramai 16 pegawai dan anggota polis di empat negeri didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan menerima rasuah pada Khamis.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan pada Khamis, mereka yang didakwa merupakan seorang berpangkat deputi superintendan, dua asisten superintendan, dua inspektor selain anggota berpangkat rendah.

"Lapan daripada mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, empat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan seorang di Mahkamah Sesyen Georgetown.

"Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun denda 10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana-mana lebih tinggi," menurut kenyataan itu.

SPRM menegaskan tidak ada mana-mana pihak terkecuali daripada siasatan SPRM termasuk agensi penguatkuasaan sekiranya mereka didapati terlibat rasuah. 

Artikel Lain