suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara

-fotoAP
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk pelancaran empat peluru berpandu balistik Korea Utara dan mendesak negara itu menghentikan segera tindakan itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata tindakan itu mencetuskan ketegangan serantau dan sekali lagi melambangkan sikap tidak ambil peduli DPRK terhadap keamanan dan keselamatan di Semenanjung Korea, rantau ini dan dunia secara amnya.

"Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) terbukti menolak gesaan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan pelancaran peluru berpandu," katanya.

Pelancaran peluru berpandu tersebut merupakan pencabulan jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan dan menjejas peraturan pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear.

Malaysia menggesa DPRK menghentikan pelancaran semua peluru berpandu balistik, dan lebih penting lagi, mematuhi sepenuhnya resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung DPRK.

Awal hari Isnin, Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu dari pantai baratnya ke arah Laut Jepun.

Menurut kerajaan Jepun, peluru itu meluncur sejauh kira-kira 1,000km, dengan tiga daripadanya jatuh dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.

Artikel Lain