suria

RedTone Lantik Tunku Tun Aminah Sebagai Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR: REDtone International Bhd melantik TunkuTun Aminah Sultan Ibrahim Ismail yang juga puteri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebagai pengerusi baharu.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, REDtone yang juga anak syarikat Berjaya Corp Bhd, berkata Tunku Tun Aminah, 30, menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al Habshee yang melepaskan jawatan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab lain.

Tunku Tun Aminah juga adalah Pengerusi Berjaya Waterfront Sdn Bhd. 

"Kami yakin pelantikan Tunku Tun Aminah itu menepati perjalanan syarikat ini untuk terus maju dan berkembang di negara ini," kata REDtone yang juga syarikat penyedia telekomunikasi bersepadu dan penyelesaian infrastruktur digital itu.

Tunku Tun Aminah merupakan Pengarah dalam beberapa syarikat lain termasuk REDtone Network Sdn Bhd, Jauhari Maksima Sdn Bhd, Ikatan Jauhari Sdn Bhd, Ibzi Holding Sdn Bhd dan Iskandar Carrier Sdn Bhd. 

Sultan Ibrahim Ismail adalah pemegang saham terbesar dalam REDtone. -Bernama

RedTone, Tunku Aminah, Pengerusi

Artikel Sebelum

Artikel Lain