suria

Lelaki Kongsi Pengalaman Dibaham Buaya

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang terselamat daripada serangan ganas seekor buaya telah berkongsi cerita tentang kejadian itu melalui satu video.

Rudy Francis Angkanon, 35, hilang tangan dan kaki kanan dalam kejadian ngeri pada 20 Februari lalu.

Rudy sebelum ini dilaporkan mahu memberi makan seekor buaya berusia 60 tahun di Taman Buaya Sandakan apabila tangan kanannya disambar buaya berkenaan.

Video bertajuk 'Saya Terselamat Daripada Serangan Buaya' dikeluarkan apabila beliau yang dirawat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan beransur pulih.

Video itu menceritakan bagaimana beliau sedang menjalankan tugas rutin memberi makan buaya sebelum dikejutkan dengan kejadian tersebut.

"Reptilia itu telah menggigit tangan kanan beliau lalu mengheretnya ke dalam kolam air.

"Dengan lengan kanannya masih berada dalam rahang buaya dan rasa sakit yang teramat sekali, Rudy dengan pantas menukar posisi beliau ke bahagian bawah perut buaya dan memeluknya dengan kuat untuk menyelamatkan diri dan mengelak daripada dimakan.

"Secepat kilat buaya tersebut memulakan 'death roll'," menurut tulisan dalam video tersebut.

Melihatnya kecederaannya, ramai yang menyangka beliau akan kehilangan nyawa selepas serangan itu.

Tetapi keluarga dan kawan-kawannya berkata berkata semangat beliau masih tinggi walaupun kehilangan tangan dan kaki.

Rudy berkahwin dengan Nur Aisa Hatta dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun, Dahlia.

Video selama lima minit itu telah disiarkan di YouTube.

Penonton boleh menonton mengenai kejadian ini sepenuhnya di  https://m.youtube.com/watch?v=7ZxG_HMMtko

Artikel Lain