suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Di Korea Utara Selamat - Reezal Merican

KUALA LUMPUR: Seramai 11 rakyat Malaysia, termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Korea Utara, selamat.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata yang lain terdiri daripada tiga pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta enam anggota keluarga mereka.

"Tiada ancaman terhadap mereka. Jangan kita membuat spekulasi. Saya juga akan menghubungi seorang daripada mereka tidak lama lagi," katanya kepada wartawan di ruang legar Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Korea Utara melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu, berkuatkuasa serta merta. -- Bernama


Korea Utara, Reezal Merican

Artikel Lain