suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Indonesia Miliki Senjata Api, Peluru Hidup Ditahan Di Bario

MIRI: Seorang warga Indonesia yang memiliki senjata api serta peluru hidup tanpa lesen adalah antara 22 warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di tanah tinggi, Bario petang Isnin.

Ketua Polis Marudi Deputi Superitendan Gabriel Risut berkata suspek kini ditahan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 untuk siasatan lanjut kerana memiliki senjata buatan sendiri dan dua peluru hidup.

"Operasi dijalankan dari 5 petang hingga 10 malam tadi, 22 warga asing ditahan terdiri daripada 18 lelaki dan empat wanita," katanya ketika dihubungi hari ini sambil menambah maklumat terperinci mengenai tangkapan tersebut masih belum didapati kerana masalah telekomunikasi.

Gabriel berkata daripada jumlah 22 warga asing itu, dua ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Bario adalah kawasan tanah tinggi dengan perjalanan darat memakan masa lebih 18 jam dari bandar raya Miri.-- Bernama

Bario, Indonesia, Pati

Artikel Lain