suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DNA: "Ada Kaedah Lain, Tak Perlu Waris Jong-nam" - Zahid

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat kaedah lain untuk mendapatkan sampel DNA Kim Jong-nam tanpa warisnya perlu tampil ke negara ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai kaedah berkenaan. 

"Dia (waris) tak semestinya perlu tampil ke negara kita, ada kaedah lain untuk dapatkan sampel itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Malaysia di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sehingga hari ini, tiada mana-mana waris Jong-nam tampil untuk mengesahkan identiti mangsa.

"Belum ada. Namun kita ada kaedah lain untuk dapatkan sampel DNA itu," katanya.

Sementara itu, beliau turut membidas wartawan antarabangsa yang bertanyakan soalan mengenai kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan  kes kematian Jong-nam.

"Adakah anda mempertikaikan kredibiliti polis kita? Jangan pertikaikannya. Anda mempunyai niat itu," katanya.

Tegas Ahmad Zahid, polis telah menjalankan siasatan kes itu secara profesional dengan mengambil kira pelbagai sumber maklumat dan bukti kukuh.

"Polis lakukan siasatan secara profesional. Siasatan itu bukan hanya berdasarkan maklumat tetapi bukti kukuh yang diterima daripada pelbagai rangkaian dan sumber maklumat. Jadi biar proses undang-undang menentukannya," kata beliau.

Jelas beliau, siasatan itu dilakukan berdasarkan empat eleman iaitu sampel DNA, forensik, kandungan cecair dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Zahid, Jong-nam, DNA

Artikel Lain