suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Projek Kondominium: Abdul Rahman Nafi Salah Guna Kuasa

Abdul Rahman Dahlan.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menafikan sebarang salah guna kuasa dalam meluluskan lanjutan tempoh (EOT) bagi pembinaan sebuah projek kondominium semasa beliau menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Merujuk kepada laporan polis DAP Pulau Pinang terhadapnya, Abdul Rahman yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau membuat keputusan itu berdasarkan kuasa yang jelas diberikan kepada Menteri KPKT seperti termaktub dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

Menurut laporan media, satu laporan polis telah dibuat DAP Pulau Pinang termasuk oleh Timbalan Ketua Menteri II Dr P.Ramasamy pada Selasa yang mendakwa Abdul Rahman menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri KPKT untuk memberikan lanjutan tempoh 12 bulan kepada pemaju kondominium di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Laporan polis itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memihak kepada 104 pembeli sebuah kondominium itu yang menuntut bayaran pampasan bagi kelewatan penyerahan unit mereka. - BERNAMA

Abdul Rahman Dahlan, KPKT

Artikel Lain