suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuba Buang Bayi: Remaja Perempuan Dibebas Atas Faktor Kesihatan

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berumur 19 tahun yang ditahan kerana dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baharu dilahirkannya pada Selasa, dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata remaja itu dibebaskan atas faktor kesihatan pagi tadi sehingga kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Teman lelakinya yang berumur 17 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 4 Mac depan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Dalam kejadian 7.30 pagi semalam, remaja perempuan itu mendakwa menemui bayi lelaki berbalut kain hitam dan masih bertali pusat tergantung pada jeriji tingkap biliknya di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor.

Bagaimanapun remaja itu akhirnya mengaku melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada 6.45 pagi hari yang sama.

Dia dikatakan menipu ibunya bagi menyembunyikan kelahiran itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain