SPRM Teliti Dakwaan Anggota MT Umno Seleweng Dana - Semasa | mStar

SPRM Teliti Dakwaan Anggota MT Umno Seleweng Dana

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang anggota  Majlis Tertinggi (MT) Umno dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek pembangunan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Selasa.

SPRM dalam satu kenyataan pada Rabu berkata laporan itu diterima daripada Polis Diraja Malaysia yang mendapat satu aduan daripada orang awam.

"SPRM akan meneliti laporan yang telah diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut.

"Individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan," kata kenyataan itu.

SPRM juga akan bekerjasama dengan SKMM bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung dakwaan tersebut, kata kenyataan itu.

Sebuah portal berita tempatan sebelum ini melaporkan sebuah syarikat membuat laporan polis mendakwa sebuah yayasan milik seorang anggota MT Umno melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman mengesahkan  menerima laporan polis itu.

SKMM , seleweng dana , MT Umno , SPRM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 polis cedera helikopter terhempas