suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Seleweng Hartanah Johor: Abd. Latiff Mohon Cuti

JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi memohon cuti untuk membersihkan nama ahli keluarga dan pegawainya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, permohonan cuti itu dimaklumkan dalam mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa negeri di Kota Iskandar,  dekat sini pada Rabu.

"Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan perkara tersebut semasa mesyuarat sebentar tadi (Rabu).

"Dimaklumkan Abd. Latiff mengemukakan permohonan itu kepada Menteri Besar sebelum mesyuarat tersebut bermula," katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Abd Latiff Bandi, SPRM

Artikel Lain