suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

M'sia Sambut Bait Keputusan Arab Saudi Tingkat Pemberian Biasiswa

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan. 

Najib berkata, peruntukan tambahan daripada Arab Saudi itu akan melengkapi dan menambah kepada jumlah pembiayaan RM4.3 bilion di bawah Bajet 2017 untuk pelajar Malaysia.

"Perancangan ini sudah tentu akan menggalakkan dan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Malaysia bagi mendapatkan pelajaran di peringkat tertinggi," kata Perdana Menteri dalam catatan terbaharu Facebook beliau.

Najib berkata, beliau percaya pelajar Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada pemberian biasiswa itu.

Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al-Harirthi pada Ahad berkata, keputusan menambah jumlah biasiswa itu berikutan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lepas.

Dr Zayed berkata, buat masa ini, lebih 100 pelajar Malaysia sedang menuntut di negara itu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain