Raja Salman Gesa Universiti Sumbang Kepada Pembinaan Tamadun Islam - Semasa | mStar

Raja Salman Gesa Universiti Sumbang Kepada Pembinaan Tamadun Islam

Raja Salman Abdulaziz Al Saud bersama Tuanku Canselor, Univerisiti Malaya, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hadir pada Istiadat Konvokesyen Khas Pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Raja Salman Abdulaziz Al Saud bertitah universiti dan pusat penyelidikan di negara Islam perlu menghasilkan kerja yang boleh menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam.

Raja Arab Saudi bertitah apa yang dihasilkan itu harus juga memberi manfaat kepada negara lain di dunia.

Ini perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran dalam bidang pengetahuan ilmiah dan teknikal, yang menurut titah baginda, tidak jauh bezanya daripada cabaran yang dihadapi dalam aspek politik dan ekonomi.

"Universiti merupakan pusat pembinaan negara dan bangsa yang mempunyai misi untuk merealisasikan pembangunan dalam pelbagai dimensi secara menyeluruh," titah baginda pada majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya kepada baginda di universiti itu, di sini malam Isnin.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Canselor UM berkenan menyampaikan ijazah kehormat itu kepada Raja Salman.

Pemerintah Arab Saudi itu seterusnya bertitah universiti juga berperanan memperkukuh perpaduan nasional selain memperkasa budaya dialog, nilai toleransi dan keharmonian hidup antara pelbagai bangsa.

"Hal ini penting untuk merealisasikan keamanan dan kedamaian di peringkat antarabangsa hingga masyarakat antarabangsa keseluruhannya dapat menikmati kesejahteraan dan keselesaan," titah baginda dalam bahasa Arab yang diterjemah ke dalam bahasa Malaysia.

Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Kota Suci itu turut memuji Universiti Malaya yang telah memainkan peranan sebagai antara pusat pengembangan ilmu pengetahuan dalam pembangunan dunia.

"Universiti ini juga telah menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Malaysia serta negara lain," titah baginda yang sedang melakukan lawatan negara empat hari ke Malaysia sejak Ahad, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. - BERNAMA

Raja Salman , tamadun Islam

Artikel Sebelum

The Star Online Cipta Rekod Baharu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini