suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Penuntut Malaysia Ditemui Lemas Di Tasik Karapiro, New Zealand

Tasik Karapiro.

PETALING JAYA: Kementerian Luar mengesahkan penuntut Malaysia di New Zealand, Abdul Amzar Azim Azmi ditemui lemas di Tasik Karapiro, Hamilton, New Zealand pada petang Isnin.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, mayat mangsa yang dilaporkan hilang sejak pukul 3.30 petang waktu tempatan pada Ahad ditemui pihak berkuasa tempatan di sana.

"Pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sekarang telah berada di Hamilton untuk membantu menguruskan jenazah Abdul Amzar Azim bersama pihak berkuasa tempatan di sana.

"Kementerian Luar mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa," demikian menurut kenyataan itu.

Abdul Azmi, 21, merupakan penuntut bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Waikato, Hamilton, New Zealand.

Mayat mangsa dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di tasik itu petang Ahad.



lemas, New Zealand

Artikel Lain